Friday 31 May 2013


Bangi: Institusi pengajian tinggi perlu mempunyai hubungan rapat dengan sektor korporat agar graduan mempunyai nilai pasaran yang baik dalam sektor pekerjaan, kata Pengarah Urusan RHB Bank, Datuk Tajuddin Atan.
Beliau yang juga bekas pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 1980-an dan merupakan ahli Persatuan Alumni UPM berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak membolehkan masing-masing bertukar-tukar kepakaran sekali gus meningkatkan nilai pasaran graduan yang dihasilkan.
"Aktiviti antara universiti dan badan korporat perlu digalakkan untuk membantu graduan mempunyai pasaran pekerjaan dalam sektor tertentu.
"Hubungan yang rapat antara universiti dengan sektor korporat boleh memberi ruang kepada mereka untuk bertukar pandangan. Ini membolehkan graduan berpeluang menghadapi dunia pekerjaan sebenar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum yang bertajuk 'Leading Corporate Malaysia' anjuran Yayasan Pak Rashid UPM di sini, baru-baru ini.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Naib Canselor UPM Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi.
Turut hadir, Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba yang merupakan Naib Canselor UPM pertama (1971-1982) dan Pengarah Pusat Alumni UPM, Dr Rohani Ibrahim.
Dalam syarahan itu Tajuddin berkongsi pandangannya mengenai aspek yang diperlukan untuk memimpin sebuah organisasi di negara ini, mengupas persaingan sengit dalam industri yang menuntut pemimpin mempunyai pelbagai kemahiran dan bakat.
Beliau turut menyentuh perlunya budaya kerja berasaskan prestasi selain menekankan betapa pentingnya aspek pengurusan modal insan dalam organisasi syarikat.
Katanya, dalam menguruskan perubahan modal insan, majikan-majikan mesti menggunakan pendekatan berbeza untuk mengendali pekerja Generasi X dan Generasi Y.
Generasi X, menurut beliau, ialah istilah yang menghuraikan mereka yang dilahirkan antara 1960 hingga 1980 manakala Generasi Y ialah mereka yang dilahirkan pada era 1980-an dan kini berumur dalam lingkungan 20-an dan baru sahaja terlibat dalam sektor pekerjaan.
"Untuk pekerja-pekerja Generasi X, aspek mendorong minat dalam pekerjaan ialah gaji yang baik, faedah-faedah, kuasa dan kelonggaran. Ia berbeza untuk Generasi Y yang memilih tempat kerja menarik, pampasan segera dan keputusan pantas," katanya.
Tambah Tajuddin, majikan tidak boleh mengetepikan keperluan, keinginan dan sikap generasi Y kerana mereka merupakan tenaga kerja yang cepat berkembang pada masa kini.
Justeru, beliau berkata, melalui dialog antara universiti dan sektor korporat, kedua-dua pihak dapat menyedari dan membantu menguruskan perubahan yang berlaku.
Sementara itu, Datuk Ir Dr Radin Umar berkata syarahan itu bukan sekadar untuk menambah pengetahuan semata-mata malah ia perlu dijadikan sebagai motivasi untuk membentuk individu yang boleh memacu sektor korporat pada masa hadapan.

Thursday 30 May 2013


Barisan Kepimpinan ASPIRASI
 Mengucapkan
 Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir
 Semester 2 sesi 2012/2013

Doa Untuk Menghadapi Peperiksaan

Di musim-musim peperiksaan ni mesti ramai yang tercari-cari doa yang mustajab untuk menghadapi peperiksaan. Jadi Dr UKM KINI kongsikan dengan korang doa-doa yang boleh diamalkan bagi menghadapi peperiksaan.

Kelebihan berdoa banyak diterangkan dalam al-Quran dan hadis. Selain menjadi inti pati ibadah, doa adalah penghubung di antara hamba dan khalik (pencipta). 

Hanya dengan beberapa patah perkataan atau diniatkan segala permintaan dalam hati kepada Allah, hakikatnya ia tetap dikelaskan dalam jenis berdoa. Oleh itu, amalan berdoa bukan sesuatu yang sukar sebaliknya boleh dilakukan sepanjang masa tidak kira sama ada anda berada di dalam kereta, di majlis2 tertentu, di pasar2 dan di mana sahaja. 

Ia bertepatan dengan firman Allah maksudnya: "Minta doalah daripada-Ku, aku menerima doamu." (Surah al-Mukmin, ayat 60) Doa bukan hanya ibadat, malah otak ibadah seperti yang diterangkan Rasulullah saw, maksudnya: "Doa itu adalah otaknya ibadat." - (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari) Ibadat yang dilakukan tanpa doa dapat diumpamakan seperti manusia yang tidak mempunyai akal (tidak berotak).

Ketika berdoa, setiap Muslim perlu mematuhi adabnya supaya ia lebih mustajab. 

Waktu berdoa diambil kira ketika berdoa.

Antara waktu paling sesuai ialah ketika sujud, ketika ingin mengerjakan solat fardu dan di antara dua khutbah. Umat Islam juga digalakkan menghadap kiblat sambil mengangkat dua belah tangan hingga nampak ketiak ketika berdoa. Selepas selesai berdoa pula, disyaratkan seseorang menyapu dua tangan ke muka.

Satu perkara perlu dipatuhi ketika berdoa ialah tidak sesekali berdoa dengan nada suara yang tinggi. Sebaliknya, umat Islam diminta agar berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, mengakui kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.

Secara ringkasnya adab berdoa adalah seperti berikut:
1.    Berwudhuk (suci dari hadas kecil dan besar)
2.    Menutup aurat
3.    Menghadap Qiblat
4.    Dalam keadaan khusyu'
5.    Tidak tergesa-gesa
6.    Mulakan dengan memuji Allah seperti Alhamdulillah..
7.    Berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
8.    Membaca dengan penuh penghargaan dan penghayatan
9.    Akhirkan dengan selawat dan salam
10.  Sebaik-baiknya fahamilah isi kandungan doa itu

Meskipun waktu dan keadaan berdoa sudah dipatuhi, masih ada doa yang tidak dimakbulkan Allah. Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi menjelaskan kenapakah doa seseorang masih tidak dimakbulkan Allah. Antaranya ialah.
#    Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
#    Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

#    Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
#    Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
#    Kamu berkata bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu tidak menentangnya.
#    Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
#    Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
#    Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
#    Kamu bangun daripada tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.

#    Kamu kebumikan mayat saudara kamu, tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.


Antara doa-doa yang boleh diamalkan semasa menghadapi peperiksaan adalah

1.    Doa kecergasan.



2.    Doa hilangkan darah gemuruh


3.   Doa ketika memasuki dewan peperiksaan



 4.   Doa minta dapat petunjuk



5.   Doa mendapat idea yang baik


6.   Doa minta tambah ilmu


7.   Doa penerang Hati



8.   Doa ketika menghadapi kesukaran


9.   Doa bila terlupa


10.   Doa mudah hafal/faham



Penulis : Fadhil yusuf


Permohonan Online kemasukan UPU atau IPTA sesi akademik 2013/ 2014 | Seperti yang kita ketahui, pada 18 Mac lalu baru sahaja keputusan STPM 2012  diumukan dan pada hari Khamis iaitu 21 Mac 2013 ini pula keputusan SPM 2012 pula bakal diumumkan.

Kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrikulasi atau setaraf dengannya, anda boleh mengemukakan permohon IPTA untuk sesi 2013. Borang permohonan boleh didapatkan secara online dengan melayari laman sesawang portal rasmi UPU. Selain itu, para pelajar SPM 2012 juga digalakkan untuk membuat Permohonan Online Kemasukan Ke Politeknik KPT.

Jualan No. Unik ID di BSN akan mula dibuka mulai 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013. Berikut adalah langkah permohonan yang perlu dibuat untuk memohon IPTA.

Cara Permohonan ke IPTA Sesi 2013/ 2014
  1. Pelajar perlu membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional Yang Terdekat Mulai 7 Januari 2013.
  2. Di kaunter berkenaan,pastikan anda membeli nombor pin berdasarkan taraf pengajian anda.
  3. Sila layari laman web rasmi http://upu.mohe.gov.my

Berikut adalah prosedur pekeliling permohonan ke UPU. Oleh itu, pelajar digalakkan membaca prosedur terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.

Tarikh Pendaftaran Atau Kemasukan UPU 2013

Kemasukan adalah pada :
Lepasan SPM/Setaraf – Jun 2013
Lepasan STPM/Setaraf – September 2013

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohnan adalah pada 15 April 2013

Penulis : Pejuang Alif Ba Ta