Thursday, 10 October 2013

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dinobatkan sebagai juara Program SME-University Internship 2013 anjuran SME Corporation Malaysia (SME Corp) di sini hari ini. Naib juara dimenangi Universiti Sultan Zainal Abidin manakala Universiti Pendidikan Sultan Idris ditempat ketiga. Ketiga-tiga pasukan yang menang masing-masing menerima RM50,000...

Wednesday, 2 October 2013

ACEH TENGAH, 26 Sep 2013 – Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini telah menyampaikan bantuan kepada masyarakat Kampung Cangduri, Mukim Ketul di Aceh Tengah yang dilanda gempa bumi tiga bulan lalu. Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala richter pada 2 Julai lalu itu telah menenggelamkan Kampung Serempah salah satu kampung dalam kawasan Ketul di sini. Ia juga mengorbankan seramai 30 orang penduduk,...

Tuesday, 24 September 2013

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi sekali lagi telah menganjurkan Liga Bola Sepak IPT 2013 bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi pada tahun ini. Kejohanan ini juga telah melibatkan 4,000 pelajar dari semua entiti dibawah Kementerian Pengajian Tinggi iaitu dari IPTA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik dari seluruh negara. Liga Bola Sepak IPT 2013 ini dikelolakan sepenuhnya oleh Bahagian...

Saturday, 14 September 2013

Empat spesies baru haiwan mikroskopik telah berjaya ditemui oleh penyelidik dari UKM di Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) di Endau baru-baru ini. Komuniti saintifik antarabangsa telah mengiktiraf penemuan itu selapas kertas laporan dikemukakan kepada beberapa jurnal saintifik bagi bidang biologi dan zoologi. Tahniah lagi sekali diucapkan. Diharapkan agar kecemerlangan UKM sentiasa...

Wednesday, 11 September 2013

Peluang keemasan kepada seluruh mahasiswa/i UKM untuk memohon biasiswa yang masih dibuka tarikh permohonannya pada bulan September ini. Antaranya ialah MMU Presidents Scholarship dan juga UEM Group Scholarship Programme. Ayuh semua ! Jangan kita lepaskan peluang ini dan bersama-sama kita memohonnya. Segala pautan ada disediakan dibawah :- MMU Presidents Scholarship : http://afterschool.my/scholarship/multimedia-university-presidents-scholarship-2013/ UEM Group Scholarship Programme : http://afterschool.my/scholarship/uem-group-scholarship-programme-2013-local-leading-universities/ sumber...

Monday, 2 September 2013

Hari ini dalam sejarah. 2 September 2013 telah berlangsungnya majlis ikrar pelajar baru. Wakil mahasiswa/i dari Kolej Rahim Kajai (KRK) mengetuai bacaan Ikrar dan telah dilafazkan oleh semua pelajar. Dengan ini, sahlah mahasiswa/i kemasukan 2013/2014 sebagai warga atau legasi barui UKM. Majlis ikrar ini berlangsung dengan jayanya hasil daripada kerjasama Pemudahcara Pusat dan Pemudahcara...

Monday, 26 August 2013

Program Transformasi Ekonomi-Hala Tuju untuk Malaysia dilancarkan YAB Perdana Menteri, Dato'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada 25 Oktober 2010. Program ini adalah hasil daripada acara 'bengkel 1,000 orang'dan makmal Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan berkembang kerana inisiatif-inisiatif...

Wednesday, 21 August 2013

Detik-detik penubuhan MASUM bermula pada tahun 1974 di atas inisiatif pegawai-pegawai sukan universiti pada ketika itu untuk mengadakan pertandingan sukan di kalangan kakitangan universiti tempatan. Pertandingan ini adalah merupakan permulaan terhadap pembangunan kesukanan di antara universiti tempatan dan pada tahun berikutnya (1975), sukan diantara pelajar-pelajar universiti telah diadakan. Pada...

Friday, 9 August 2013

Di bawah dikongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda untuk kekal sihat semasa hari raya Aidilfitri : 1.  Kebiasaannya pelbagai jenis makanan yang dihidangkan semasa hari raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat, rendah, dan 1001 macam jenis kuih raya. Anda dinasihatkan mengawal nafsu semasa melihat makanan yang terhidang. Cuba ambil masa beberapa saat untuk melihat semua makanan sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan yang anda ingin makan. Dengan cara ini, boleh membantu anda...

Monday, 29 July 2013

SHAH ALAM - Timbalan Naib Can-selor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Othman A Karim mengesahkan tiada pelajar institusi itu terlibat ajaran Syiah. Katanya, perkara itu berdasarkan daripada semakan secara terperinci yang dilakukan pihak universiti itu. “UKM telah buat semakan lanjut dengan pihak berkenaan dan didapati tiada pelajar UKM terlibat berhubung isu Penyebaran Fahaman Syiah di kampus,” katanya pada kenyataan. Bagaimanapun katanya, pemantauan ...

Wednesday, 10 July 2013

Seramai 37 pemimpin siswa universiti dari negara-negara ASEAN telah menyertai program kembara “UNESCO Natural Heritage Discovery: Mount Kinabalu Leadership Challenge, Appreciation and Experience 2013”. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr Shahril Yusof berkata daripada 37 pemimpin siswa tersebut, 12 pemimpin adalah para siswa dari negara Indonesia, Singapura, Thailand...

Friday, 5 July 2013

Setelah hampir sebulan kita telah berjuang dan memerah segala keringat untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, kini tiba masanya untuk kita bertawakal keseluruhannya atas segala usaha yang telah kita lakukan semasa peperiksaan. Antara amalan yang boleh kita lakukan ialah: Amalan-amalan yang dilakukan pada setiap malam sehingga keluarnya keputusan: 1. Solat sunat istikharah - memohon...

Wednesday, 19 June 2013

Cyber Security Malaysia bersama dengan UKM telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) bagi menawarkan kursus ijazah sarjana dalam bidang Keselamatan Siber. Perkara ini adalah sesuatu pencapaian yang amat membanggakan bagi UKM kerana telah berjaya berkerjasama dengan syarikat keselamatan siber utama di Malaysia ini. Bidang ini ditawarkan kerana evolusi teknologi sedang berkembang pesat di negara...

Thursday, 13 June 2013

Oleh Saiful Bahri Foto Fakhrul HafizCAMERON HIGHLANDS, 26 May 2013 – Satu kumpulan penyelidikan pelajar Universiti Kebangsaan Malaya (UKM) mendapati udara di Cameron Highlands mempunyai kualiti yang lebih baik daripada udara di tanah rendah.Kesimpulan sebulat suara 47 orang pelajar dari enam kumpulan itu dirumuskan pada akhir lawatan sambil belajar mereka ke Cameron Highlands dalam satu program...

Saturday, 8 June 2013

FELO PERDANA  Tujuan Program Felo Perdana adalah untuk memberi anak muda Malaysia yang cemerlang dan berbakat pengalaman secara langsung dalam urusan tadbir negara. Felo akan bertugas di peringkat tertinggi dalam Kerajaan Persekutan membantu Menteri Kabinet dalam melaksanakan agenda nasional. Felo-felo Perdana, sabagai bakal pemimpin negara, harus mempunyai minat di dalam hal ehwal awam...

Friday, 7 June 2013

Khas kepada seluruh mahasiswa/i UKM yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester yang bermula seawal Isnin depan. Dengan itu, pihak UKM KINI menyediakan beberapa tips agar kita dapat mengulangkaji dengan cara yang sebetulnya dan juga cara untuk mengelakkan perasaan malas ketika belajar. Diharapkan agar tips daripada video ini berguna bagi anda semua. Jom sama-sama saksikan video ini. Selamat menduduki peperiksaan akhir semester dari UKM KINI! Sumber : www.youtube....

Wednesday, 5 June 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas yang perlu dikerjakan dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi...