Thursday, 21 March 2013



Bual Bicara Bersama YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad 

Semua warga UKM dijemput hadir.

Tarikh Acara

: Mula: 22/03/2013 Tamat: 22/03/2013

Masa Acara

: Mula: 08:00 Malam 

Tempat

: DECTAR UKM

Penceramah

YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tajuk Syarahan

: Mahasiswa dan Kedaulatan Negara



p/s: Dalam kita sebagai Mahasiswa UKM berbangga dengan kehadiran seorang

Negarawan. Masih ada mereka yang buta hati dan mengutuk kehadiran Tun Mahathir 

seperti di link dibawah.

Klik link untuk membaca komen mereka ini :

Tuesday, 19 March 2013



UKM KINI melihat trend masyarakat sekarang ini yang asyik menyalahkan sesuatu atau kerajaan atas setiap apa yang berlaku. Adakah trend sebegini akan hilang apabila kerajaan lain memerintah? Bagi UKM KINI, perkara ini tetap akan berlaku walau sesiapa pun memerintah disebabkan sikap masyarakat yang tidak mahu untuk bersyukur dan anti kepada setiap apa yang bukan seperti yang mereka inginkan.

Renung-renungkanlah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pemberitahuan kepada mahasiswa/i UKM. Sila sahkan pendaftaran subjek anda dari 18 Mac - 24 Mac 2013. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan anda didenda RM15.

Dimana nak sahkan??
Sila ke laman SMPWEB anda.



Pilihanraya sudah makin hampir, makin banyaklah Pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar papan kekunci ni wujud. Etika menjadi cybertrooper haruslah dikekalkan. Jangan kerana perkara kecil, mereka yang tidak terlibat diheret sekali.


Shah Alam,18 Mac - Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) disambut dingin oleh mahasiswa UiTM ketika mengadakan speaker corner bagi menjelaskan manifesto mereka menjelang PRU 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Satu video yang telah dimuatnaik di dalam Facebook Institut Pemimpin Muda UiTM Malaysia menunjukkan GM13 tidak mendapat sokongan warga UiTM sebaliknya dihalau keluar oleh mahasiswa universiti berkenaan.

Video yang berdurasi 3:34 ini turut menyaksikan pertikaman lidah antara kumpulan kecil GM13 dan mahasiswa UiTM.

Tinjauan MyMahasiswa dilaman sosial Facebook mendapati mahasiswa UiTM turut memberi respon yang negatif terhadap kedatangan GM13.

Seorang mahasiswa  Nazrin Syahmi berkata "Dorg claim kami macai UMNO sdgkan tiada langsung anasir UMNO yang cuba mendekati kami dan menyogok kami supaya berbuat demikian"

"Bangga melihat ukhwah dan semangat pelajar UiTM yang bersatu menolak mereka atas nama #UiTM"

"Dulu naif jugak hampir percaya apa yg mereka ckp.Tapi lepas dengar dan lihat dengan kepala sendiri.baru tahu budak2 ni memang kaki kencing.hidup UiTM!!!"

Seorang lagi mahasiswa,Fared Hamzah melalui komennya berkata "apsal diorang kacau tempat kita ni... aduhai... pasal politik bodoh, sesama bangsa bertelagah...walau mcamana pun, yg aku paling suka adalah "laungan UiTM dihatiku" bersemangat budak2 ni... yeah"

Turut kelihatan adalah Khalid Ismath (Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen), Haziq Aziz (Mahasiswa Keadilan), Safwan Anang (Solidariti Mahasiswa Malaysia), Ekhsan Bukharee (AKSI Mahasiswa Peduli).

Malam ini kumpulan yang sama akan bergerak ke UKM,Bangi. UKM KINI menasihatkan Mahasiswa untuk turun bagi menghalau dan menghalang mereka daripada mencemarkan keamanan UKM. Diharap pihak Wisma Aman dapat membantu menghalang mereka ini memasuki UKM.

sumber: MYMAHASISWA



FEP UKM BANGI, 19 Mac - Beberapa aduan telah dikemukakan oleh Mahasiswa FEP mengenai kerosakan kemudahan dan kegunaan tandas FEP (berdekatan kiosk). MPP UMUM dari Aspirasi telah turun padang dan melihat kerosakan yang dialami. Menurut kata salah seorang Mahasiswa FEP, beberapa aduan telah dibuat kepada MPP FEP iaitu saudara Mufadhal, tetapi tiada respon yang diberikan malah kerosakan disitu semakin teruk hari demi hari.

Atas inisiatif kebajikan, pihak MPP UMUM Aspirasi saudara Shahrul Akmal, Nur Azreen dan Azrol telah membuat satu kertas aduan beserta gambar kerosakan dan telah diserahkan kepada MPP FEP Mufadhal. Bagi yang tidak mengetahui, sebarang permasalahan di Fakulti hanya boleh diselesaikan oleh MPP Fakulti yang terbabit.

Pihak UKM KINI berharap agar segala permasalahan yang timbul diselesaikan dengan segera oleh wakil Mahasiswa yang telah dilantik secepat mungkin. Sikap tidak peduli dan lepas tangan sesetengah wakil Mahasiswa ini akan menimbulkan ketidakpuasan hati Mahasiswa kerana kebajikan tidak dijaga.


sumber : MPPASPIRASIUKM


KIAM UKM BANGI, 19 Mac - Beberapa isu telah berbangkit di Kolej Idris Al-Marbawi seperti masalah UKM Jaring dan Keselamatan Mahasiswi. MPP ASPIRASI UKM saudara Shahrul telah cakna mengenai isu ini dan bertindak berjumpa pihak berwajib bagi menyelesaikan perkara-perkara berbangkit.

Mengenai isu WIFI UKM JARING : Aduan telah dibuat berkaitan masalah wifi tidak boleh di access di KIAM. Sekiranya ada pelajar yang mengalami masalah tersebut lagi, anda diminta untuk menyatakan details tersebut seperti NAMA, NO MATRIX, NO HP, EMEL, KOLEJ, BLOK, NO BILIK, USERNAME DAN PASSWORD serta MASALAH YANG DIHADAPI ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Mereka akan menyelesaikan masalah anda secepat mungkin.

Bagi KESELAMATAN SISWI : Mengenai aduan terdapat mahasiswi yang diganggu oleh orang asing di sekitar KIAM, kami telah mengemukakan masalah ini kepada pihak Wisma Aman. Mereka akan kerapkan rondaan di KIAM pada waktu malam. Selain itu, kami meminta pihak Wisma Aman mendirikan papan tanda/maklumat mengenai talian hotline Wisma Aman di kawasan KIAM. Selain itu, jika terdapat sebarang keadaan mencurigakan di kawasan tersebut, Pengarah Keselamatan UKM, LT Kol Jury Bin Tasripan meminta mahasiswa/i menghubungi beliau di talian 019-9668722.

Laporan lanjut akan menyusul di blog MPPASPIRASIUKM.

Monday, 18 March 2013


UKM BANGI, 18 Mac- Jutaan Tahniah dan Terima Kasih kepada Mahasiswa/i dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM kerana mewakili UKM dalam Seminar Food Science and Technology anjuran Malaysian Institute of Food and Technolgy (MIFT) dan UNiSZA.

UKM telah mendapat tempat KETIGA dalam "Food Product Development Competition" yang diwakili oleh Xtiv Berhad (Ruben Kumar, Izzati, Siti Khadijah, Acit BP, Nurul Azrianti, Zululhaizulizam, Sharifah Habibah dan Siti Khairunisa) dengan memperkenalkan produk mereka iaitu Energy Gel.

Selain itu, UKM juga mendapat tempat KEDUA dalam "Food Oratory Competition" yang diwakili oleh mahasiswi FST, Salma Ghulam Hussain dengan membawa tajuk "Obesity : Lifestyle or Genetic Factor".

Kami berharap dengan kejayaan mereka ini jelas menunjukkan UKM mampu untuk mengeluarkan mahasiswa/i yang berkualiti dan mampu untuk bersaing dengan pasaran luar. Kami berharap juga agar semua mahasiswa/i UKM dapat menonjolkan bakat dan kemampuan diri dalam pelbagai bidang yang diceburi.





Rinching Hilir,18 Mac-Sekitar Program 'MPPUKM bersama Masyarakat' yang diadakan bertempat di Kampung Rinching Hilir.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan kawasan surau,tanah perkuburan, gotong-royong memasak juadah tengah hari dan juga memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Program ini mendapat sambutan mengalakkan daripada Mahasiswa UKM. Mereka bergerak dalam sebuah konvoi dari UKM ke Kampung Rinching Hilir.

Aktiviti ini merupakan salah satu visi murni MPPUKM untuk turun bersama mahasiswa yang berminat kepada masyrakat sekitar Bangi untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat, selain untuk berkhidmat kepada masyarakat.


Gotong-royong memasak makanan tengah hari, tugas Mpp perempuan
Gotong-royong bersihkan kawasan persekitaran surau
Gotong-royong masak makanan tengah hari


sumber: MPPUKM
FTSM UKM BANGI, 19 Mac - Hasrat dan keinginan pelajar FTSM yang menginginkan kafe dibuka telah mendapat titik noktahnya. MPP ASPIRASI FTSM Kinanda Nugraha telah berbincang bersama pengusaha kafe baru FTSM mengenai operasi dan pelbagai lagi misi kebajikan.


Kafe yang mula dibuka pada hari Isnin 18/3/2013 mendapat sambutan hangat dengan pemberian makanan secara PERCUMA oleh pihak Kafe hasil perbincangan terdahulu.

Memetik kata-kata MPP Kinanda Nugraha, "Saya tidak akan pernah mensia-siakan mandat dan amanah yang telah diberi". Segala sokongan terhadap kami, MPP ASPIRASI kami ucapkan ribuan terima kasih. Tanpa anda, kami tiada siapa.











KUALA LUMPUR, 12 Mac - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat satu lagi pencapaian menakjubkan apabila seorang pesakit disedarkan sewaktu pembedahan sedang dilakukan.
Ia adalah pembedahan pertama ‘Awake Craniotomy’ yang dilakukan di Pusat Perubatan UKM. Pembedahan itu dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan dari otak pesakit tanpa menyebabkan kerosakan otaknya. Kalau pun ada kerosakan yang dialaminya sangat kecil.

Siapa yang tidak mengetahui mungkin terkejut bahawa pesakit terbangun semasa pembedahan sedang dijalankan. Tetapi dalam pembedahan ini menyedarkan pesakit kembali adalah disengajakan. Malah pesakit perlu disedarkan untuk memberitahu doktor bedah reaksinya bagi melindungi fungsi otak pesakit.
Pembedahan ini telah dilakukan oleh Pakar bedah Neurologi, Professor Madya Dr Ramesh Kumar dengan dibantu oleh tiga lagi pakar bedah iaitu Dr Toh Charng Jeng,  Dr Sanmugarajah Paramasvaran and Dr Ainul Jaffar.
Dr Esa Kamuruzaman adalah pakar bius yang bertanggung jawab bagi melalikan pesakit sebelum menyedarkannya semula sebaik tempurung kepala pesakit telah dibuka. Pesakit disedarkan semasa pembedahan bagi membolehkan ketumbuhan dikeluarkan dengan selamat.
Pembedahan sebegini selalu dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan yang berada di bahagian otak yang dikenali sebagai ‘Eloquent Brain’.  Ini adalalah bahagian yang mengawal fungsi penting seperti komunikasi, persepsi, interaksi dan pergerakan
Bahagian tersebut mengurus deria, pergerakan dan pertuturan yang merupakan fungsi penting untuk kehidupan normal.

Yang menakjubkan pembedahan unik ini ialah pesakit turut mengambil bahagian semasa pembedahan dengan memberi maklum balas kepada pakar bedah. Pakar bedah akan bertindak berdasarkan maklum balas dari pesakit.
Yang tidak mengetahui mungkin menganggapnya mengerunkan semasa pesakit mula sedar ketika pembedahan sedang dilangsungkan dan menjawab soalan yang diajukan kepadanya.
Dr Ramesh berkata pesakit perlu disedarkan semasa pembedahan berlangsung kerana ia adalah untuk membolehkan pemotongan maksimum sambil memastikan tidak ada kecederaan ataupun hanya kecederaan minimum berlaku kepada tisu otak yang normal. Ini adalah untuk menentukan pesakit tidak mengalami kehilangan fungsi yang boleh menjejaskan pesakit.

Cara terbaik untuk memastikan pesakit tidak mengalami kerosakan fungsi tubuh badan akibat pembedahan itu adalah melalui maklum balas dari pesakit sendiri.
Ini tidak dapat diketahui jika pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri
Dr Ramesh berkata pesakit akan ditanya berapa soalan dan disuruh untuk melakukan beberapa perkara yang mudah semasa ketumbuhan dipotong. Ini bagi melihat sama ada bahagian otak yang mengawal fungsi tersebut tidak mengalami kerosakan akibat pembedahan yang dibuat.
Perubahan fungsi yang dikawal oleh bahagian otak tersebut diperhatikan dengan rapi. Jika terdapat perubahan yang negatif pada fungsi dan reaksi pesakit pembedahan akan dihentikan.
Walaupun terdapat teknologi MRI yang dapat mengesan di mana lokasi ketumbuhan tetapi ia masih belum cukup tepat.








Dengan hanya berpandukan imbasan MRI pembedahan boleh diumpamakan seperti meredah kawasan yang penuh dengan perangkap samar.
Sebarang kerosakan kepada bahagian ini, walaupun cuma satu milimeter boleh menyebabkan pesakit terpaksa hidup dengan kecacatan yang hakiki.
Dr Ramesh berkata “Walaupun imbasan MRI dapat menunjukkan bahagian pertuturan dan pergerakan. Ia mungkin tidak menunjukkan bahagian yang penting dengan tepat.
“Oleh itu pemetaan otak dibuat dengan rangsangan elektrik kepada otak semasa pesakit sedar. Ini adalah cara yang paling berkesan bagi melindungi saraf,” kata Dr Ramesh.
Otak tidak mempunyai sistem penyembuhan sendiri jadi jika mana-mana bahagian mengalami kerosakan ia tidak akan pulih atau tumbuh kembali.
Pesakit akan diberi anestesia am sebelum pembedahan dimulakan untuk melalikannya. Pakar bedah akan memulakan pembedahan dengan membuka tempurung kepala untuk sampai kebahagiaan otak.

Pesakit perlu menerima bius kerana kulit kepala dan perikranium (tisu di yang menyelaputi tempurung) berasa sakit sementara otak tidak mempunyai deria sakit. Selepas tempurung kepala pesakit dibuka, anestesia dibalikkan menyebabkan pesakit terjaga.

Selepas pemotongan ketumbuhan dibuat, pesakit dilalikan semula untuk menutup kembali tempurung kepala.
Oleh sebab pembedahan tersebut agak menggerunkan bagi pesakit mereka diberi kaunseling yang terperinci sebelum pembedahan dilakukan.
Pesakit pertama yang menjalani pembedahan ‘Awake Craniotomy’  telah pun sembuh dan kini berada dalam keadaan sihat.
Maklumat lanjut mengenai pembedahan itu boleh didapati dengan menghubungi Puan Mahani di mahani.ramdani@ppukm.edu,my.\

Sumber : http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/1371

UKM KINI merupakan sebuah wadah perolehan maklumat bagi semua Mahasiswa UKM dan Mahasiswa lain di luar sana. Blog UKM KINI diwujudkan bagi berkongsi berita terkini mengenai UKM dan juga perubahan-perubahan yang telah dibawa oleh kepimpinan MPPUKM kini.

UKM KINI mengamalkan cara dan tindakan yang profesional dalam menyampaikan sesuatu masalah. Kami menggalakkan perbincangan dan paling utama adalah Budi Bahasa. Ini merupakan salah satu perjuangan yang dibawa oleh UKM KINI supaya dapat membina Mahasiswa yang beraspirasi, berintelektual dan berfikiran kritikal.

Pihak kami berpendapat bahawa setiap suara Mahasiswa perlu diketengahkan bagi menjadi penimbang tara diantara Mahasiswa dan juga pihak pentadbiran UKM. Justeru itu, kebangkitan UKM KINI diharap dapat memberi sedikit sebanyak maklumat yang diperlukan Mahasiswa UKM serta sebagai medium menyampaikan sesuatu permasalahan supaya dapat diketengahkan kepada pihak yang berkenaan.

"UKM KINI Membantu, Mahasiswa Penentu"