Tuesday, 19 March 2013
01:17
ukmkini2013
KIAM UKM BANGI, 19 Mac - Beberapa isu telah berbangkit di Kolej Idris Al-Marbawi seperti masalah UKM Jaring dan Keselamatan Mahasiswi. MPP ASPIRASI UKM saudara Shahrul telah cakna mengenai isu ini dan bertindak berjumpa pihak berwajib bagi menyelesaikan perkara-perkara berbangkit.
Mengenai isu WIFI UKM JARING : Aduan telah dibuat berkaitan masalah wifi tidak boleh di access di KIAM. Sekiranya ada pelajar yang mengalami masalah tersebut lagi, anda diminta untuk menyatakan details tersebut seperti NAMA, NO MATRIX, NO HP, EMEL, KOLEJ, BLOK, NO BILIK, USERNAME DAN PASSWORD serta MASALAH YANG DIHADAPI ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Mereka akan menyelesaikan masalah anda secepat mungkin.
Bagi KESELAMATAN SISWI : Mengenai aduan terdapat mahasiswi yang diganggu oleh orang asing di sekitar KIAM, kami telah mengemukakan masalah ini kepada pihak Wisma Aman. Mereka akan kerapkan rondaan di KIAM pada waktu malam. Selain itu, kami meminta pihak Wisma Aman mendirikan papan tanda/maklumat mengenai talian hotline Wisma Aman di kawasan KIAM. Selain itu, jika terdapat sebarang keadaan mencurigakan di kawasan tersebut, Pengarah Keselamatan UKM, LT Kol Jury Bin Tasripan meminta mahasiswa/i menghubungi beliau di talian 019-9668722.
Laporan lanjut akan menyusul di blog MPPASPIRASIUKM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.